? ??????????????Seasons? ????? ?? ???Rating: 3.0 (2 Ratings)??16 Grabs Today. 4795 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????My Fire Inside? ????? ?? ???Rating: 3.7 (33 Ratings)??14 Grabs Today. 34949 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????2?? ???????Drown BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Halaman

Jumaat, 18 Disember 2009

ASAL USUL KERIS PATIH

Indera Buana. Beliau sangat terkenal dalam kalangan teman-teman persilatannya. Ini kerana ketangkasanya dalam membaca gerak geri lawannya. Setiap langkah musuh pasti dapat dipatahkan dengan mudah. Ilmu silat yang dipelajari oleh Indera Buana dan teman-temannya adalah warisan keluarganya sendiri iaitu daripada datuknya, Tok Ketapang Waris. Ilmu persilatan ini diturunkan kepada ayahnya Buana Waris seterusnya diturunkankan kepada Indera Buana sendiri dan juga disebarkan kepada teman-teman Indera Buana.
Bapa Indera Buana, Buana Waris telah menempa sebuah keris demi kegunaan Indera Buana. Bilah keris itu disaluti dengan logam besi, tembaga, dan gangsa. Manakala hulunya daripada batang cengal daripada hutan Gunung Bahang dan ditengah hulu dimasukkan gaharu daripada hutan Gunung Wangsa. Sebelum ditempa, logam besi, tembaga dan gangsa telah dileburkan selama tiga malam di puncak Gunung Setiakasturi. Setelah itu barulah ia ditempa dan terhasillah bilah keris yang penuh dengan azimat. Sementara Buana Waris menyiapkan hulu keris itu, Indera Buana diamanahkan oleh Buana Waris untuk mengasah bilah keris itu dengan limau beserta asap kemenyan. Setelah hampir 30 hari menyiapkan keris itu, maka hulu dan bilah keris dicantumkan dan lengkaplah sebuah keris yang bakal mendamping pewaris segala ilmu persilatan Tok Ketapang Waris.
30 hari 30 malam Indera Buana bertapa di Gunung Setiakasturi bersama kerisnya. Selama tempoh itu, makan, minum dan tidur tiada diingini Indera Buana. Setelah pulang dari pertapaan Indera Buana memantapkan lagi ilmu persilatannya. Kerisnya dijadikan pendamping persilatannya. Dan akhirnya Indera Buana menjadi pendekar yang hebat dikampungnya. Seluruh pendudukuk Kampong Nan Sabatang berbangga dengan kehebatannya sebagai pendekar mereka yang masyur . Nama Indera Buana tersebar jauh keseluruh pelusuk nusantara.
Hayat Indera Buana banyak dihabiskan dengan mempertahankan negerinya. Dia turut dilantik sebagai laksamana Negeri sri Perak oleh Raja Setiawan. Indera Buana telah berkahwin dengan seorang gadis daripada Kampong Tok Gajah kerana jasanya membunuh ketua lanun darat dikampung itu. Intan Seri adalah anak gadis kepada penghulu Panca Kesuma, penghulu Kampong Tok Gajah.
Indera Buana dan Intan Seri dikurniakan seorang anak iaitu Patih Indera. Dari kecil Patih Indera telah diajar dengan ilmu persilatan warisan keluarganya oleh Indera Buana. Sejak umur Patih Indera enam tahun langkah-langkah asas persilatan sudahpun diajar oleh bapanya. Maka tidak hairanlah jika beliau bakal mewarisi segala ilmu persilatan Tok Ketapang Waris. Bapa borek anak rintik, itulah yang boleh digambarkan tentang Patih Indera. Patih Indera amat terkenal dalam kalangan teman-temannya dengan kehebatannya bersilat.
Indera Buana ada hajat yang besar kepada Patih Indera setelah umur Patih Indera mencapai 18 tahun. Hajatnya ialah mahu menyerahkan segala ilmu persilatan Tok Ketapang Waris kepada Patih Indera dan menyerahkan keris hikmatnya kepada Patih Indera. Oleh kerana keris itu belum berpunya nama, maka Indera Buana berhajat memberi nama keris tersebut bersempena nama anaknya iaitu Patih. Maka sejak itu keris tersebut diberi nama Keris Patih. Indera Buana telah mengukir perkataan patih pada hujung hulu keris patih. Pada suatu malam, Indera Buana membawa anaknya Patih Indera ke Gunung Setiakasturi. Di dalam sebuah gua, keris itu diangkat menjulang dan dicium oleh Indera Buana. Seterusnya dengan menadah kedua tangan, Patih Indera sedia menerima keris tersebut. Maka diletakkan Keris Patih ke atas tangan Patih Indera dan dijulang keris itu oleh Patih Indera serta terus diciumnya keris itu. Dengan penyerahan keris itu maka segala ilmu persilatan Tok Ketapang Waris degan rasminya telah diperturunkan kepada Patih Indera dan Keris Patih menjadi pendamping Patih Indera.